UUM DAPAT 4 BINTANG PENARAFAN QS

on .

Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya memperoleh penarafan keseluruhan Empat Bintang dalam audit Quacquarelli Symonds (QS) Star Rating dari QS Intelligence Unit, London, United Kingdom.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata menerusi keputusan terbaru yang dikeluarkan hari ini, UUM memperoleh lima bintang dalam empat kategori utama iaitu pengajaran, pengantarabangsaan, fasiliti dan kebolehpasaran.

Tambah beliau, sistem Bintang QS menilai universiti dari pelbagai petunjuk prestasi penting berdasarkan kaedah penarafan (rating).

Menurut beliau lagi, bintang dianugerahkan kepada intitusi mengikut pelbagai kriteria dan boleh memasukkan universiti yang secara tradisinya tidak berada dalam ranking.

Dengan mengambil kira kriteria yang lebih luas berbanding ranking dunia lain, Bintang QS memberi penekanan kepada kecemerlangan dan kepelbagaian institusi yang dinilai.

Naib Canselor turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UUM yang menjayakan usaha ini dan berharap agar usaha berterusan terus dibuat bagi meningkatkan pencapaian UUM ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan.

Usaha UUM untuk mendapatkan penarafan Bintang QS ini dimulakan pada November 2016, seterusnya proses menghantar data dibuat pada Mac 2017 dan audit selesai pada 25 Ogos 2017.

Penarafan Bintang QS ini sah sehingga 2020.