Pengenalan

on .

Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud sisih, susun,sapu, seragam dan sentiasa praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

SISIH (SEIRI)

Mengenalpasti barang-barang yang tidak diperlukan dan barang-barang diperlukan.

Menyisih/membuang barang-barang yang tidak perlu.

SUSUN (SEITON)

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.

 SAPU (SEISO)

Memastikan tempat kerja  dibersih dan disapu dengan rapi supaya tiada habuk di lantai, perabot, peralatan, fail dan tiada bahan yang tidak diperlukan.

 SERAGAM (SEIKETSU)

Melibatkan pendekatan yang konsisten/seragam semasa menjalankan tugas dan prosedur . Seragam & memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.

 SENTIASA AMALKAN (SHITSUKE)

Berdisiplin dan memahami panduan dan standard yang telah ditentukan bagi mewujudkan budaya kualiti di tempat kerja.