ALUAN PENGARAH

on .

PM Dr Faudziah bulat

 Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin

Pengarah IPQ 

Assalamualaikum wbh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Selamat datang ke laman Portal Rasmi Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menyedari hakikat bahawa kualiti adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi itu maka Universiti Utara Malaysia telah mengorak langkah dengan mengambil keputusan untuk menubuhkan Pusat Pengurusan Kualiti pada tahun 1991 dan kemudiannya dinaikkan taraf kepada institut yang dinamakan Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) pada bulan September 1993.  

Secara khususnya IPQ bertanggungjawab dalam memacu agenda transformasi universiti dan secara khususnya dalam aspek pembangunan sistem tadbir urus universiti yang berorientasikan kepada 3E iaitu Efficient, Effective & Excellent. Di samping itu IPQ akan terus berusaha untuk memastikan agenda-agenda strategik universiti yang dipertanggungjawabkan kepada IPQ seperti pelan strategik universiti, ranking dan rating di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa dapat direalisasikan dengan jayanya. Malahan IPQ turut berhasrat untuk menjadi pusat penyelidikan dan rujukan terkemuka dalam bidang kecemerlangan kualiti, perancangan korporat dan daya saing global. Semua ini adalah amat signifikan dalam usaha membantu UUM merealisasikan visi untuk menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Dengan kata lain, IPQ bertanggungjawab dalam membantu UUM dari tiga perspektif utama iaitu Pengurusan Kualiti, Pengurusan Pelan Strategik dan Pengurusan Akreditasi. Pengurusan Kualiti memberi fokus terhadap aspek berkaitan kualiti seperti MS ISO 9001, Kumpulan Kerja Inovatif dan Kreatif (KIK) dan Penilaian Amalan Kualiti dan Inovasi (5S). Pengurusan Pelan Strategik memfokuskan usaha dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) universiti, manakala Pengurusan Akreditasi memberi fokus kepada aspek berkaitan akreditasi seperti Swaakreditasi, SETARA, ASEAN-QA, COPPA/COPIA dan ranking serta rating antarabangsa.

Akhir kata, saya berharap portal rasmi ini menjadi sumber rujukan berguna buat warga UUM dan para pengunjung semua. Saya juga mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif dari semua pihak bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini. Saya bagi pihak warga kerja IPQ mengucapkan terima kasih dan selamat melayari laman web IPQ.

Sekian, terima kasih.