Pengenalan

on .

PROGRAM LATIHAN EKSEKUTIF

Program Latihan Eksekutif merupakan salah satu agenda utama di bawah BPDS. Program ini telah dimulakan pada awal tahun 2016 yang merupakan idea daripada Pengarah IPQ, PM Dr Haim Hilman Abdullah. Antara tujuan utama mengendalikan program latihan eksekutif ini adalah berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang ada di UUM dan IPQ dengan kakitangan sektor awam dan swasta bagi memastikan bahawa setiap individu ataupun organisasi dapat mencapai pulangan yang memuaskan daripada pelaburan yang dibuat dan membantu serta membimbing setiap individu dan organisasi untuk memcapai kejayaan. Disamping itu, program ini dapat membantu universiti dalam menjana pendapatan.