INTRODUCTION

on .

BULETIN KUALITI 

Buletin Kualiti merupakan sebuah majalah yang menghimpunkan aktiviti-aktiviti IPQ. Buletin ini diwujudkan pada tahun 2014 dengan jumlah penerbitan 2 kali setahun. Tujuan buletin diwujudkan untuk mendokumenkan usaha-usaha IPQ supaya dikongsi bersama dengan warga UUM khasnya dan hebahan turut kepada pihak luar amnya.  Selain itu, buletin ini merupakan salah satu strategik penjenamaan IPQ.

Bermula pada tahun 2016, buletin Kualiti diterbitkan 4 kali setahun. Pada dasarnya bulletin Kualiti hanya memberi focus kepada aktiviti-aktiviti anjuran IPQ sahaja tetapi mulai tahun 2016 buletin Kualiti IPQ berwajah baru dengan penampilan dan isi kandungan yang semakin banyak informasi. Antaranya ialah IPQ menawarkan ruangan penulisan artikel daripada IPQ staf, CEO dari syarikat terkemuka dan artikel dari pemenang pertandingan penulisan artikel. Selain itu, terdapat juga ruangan temuramah  untuk  ‘rising star’ dan  ‘our profesor’ dan terkini terdapat ruangan untuk perkongsian pengalaman bagi staf yang berkhidmat dalam tempoh yang panjang di UUM. Tujuan ruangan diwujudkan untuk memberi penghargaan dan perkongsian pengalaman yang bernilai.