All News

PERKONGSIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI IPQUUM BERSAMA PUSAT JAMINAN KUALITI (CQA) USIM

PERKONGSIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI IPQUUM BERSAMA PUSAT JAMINAN KUALITI (CQA) USIM

Sistem Pengurusan Kualiti UUM seringkali dijadikan  benchmark oleh universiti awam (UA). Salah satu usaha dalam penambahbaikan sistem kualiti dan perkongsian ilmu adalah dengan menerima lawatan dari luar disamping membina jaringan kerjasama  antara universiti. 

Delegasi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azwani Sofia Ahmad Khiar, Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti (CQA) USIM bersama 9 orang staf akademik dan pentadbiran. Lawatan diadakan bertujuan untuk mendapatkan input mengenai pelaksanaan jaminan kualiti akademik dan sistem pengurusan kualiti di IPQUUM agar dapat membantu dan diadaptasikan di CQA USIM sekaligus dapat menyokong agenda penambahbaikan kualiti secara berterusan. 

Pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Ku Maisurah Ku Bahador, Timbalan Pengarah, Bahagian Kualiti berkaitan proses audit dan sistem online yang digunapakai oleh UUM .  Selain itu, IPQ turut berkongsi Sistem Pelaporan Audit yang memudahkan auditor dan urusetia kualiti untuk memantau, menerima dan mengesahkan laporan. Sistem ini dapat menjimatkan masa dan kos.

Menurut Ketua Delegasi, Prof. Madya Dr. Azwani, USIM juga melalui proses yang sama dalam pelaporan audit dalaman tetapi ianya tidak disistemkan seperti UUM. Mereka turut mengagumi pelaksanaan sistem yang digunapakai di UUM secara menyeluruh dan memudahkan proses kerja urusetia kualiti.

Pada akhir lawatan, sesi  penyampaian cenderamata  penghargaan kepada Ketua Delegasi telah disampaikan oleh Pengarah IPQ.