All News

BENGKEL PERSEDIAAN KIK HORIZON BAHARU 2023 PERKASA BUDAYA KERJA INOVATIF DAN KREATIF STAF UUM

BENGKEL PERSEDIAAN KIK HORIZON BAHARU 2023 PERKASA BUDAYA KERJA INOVATIF DAN KREATIF STAF UUM

Pendedahan dalam menyediakan laporan dokumentasi projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) mengikut format Horizon Baharu sangat bermakna kepada 41 peserta yang menyertai Bengkel Horizon Baharu KIK 2023 pada 14 Mac lalu.

Rata-rata peserta yang hadir mewakili pusat tanggungjawab dan pusat pengajian sangat bertuah kerana bengkel pada kali ketiga anjuran Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) dikendalikan oleh Ahmad Ruzaini Janudin daripada UUMIT. 

Pengalaman Ahmad Ruzaini dalam KIK selama beberapa tahun telah dikongsi bersama peserta bagi memantapkan kualiti laporan projek KIK yang akan disertai kelak.

Konvensyen KIK Horizon Baharu Tahun 2023 Peringkat UUM akan diadakan pada bulan Oktober 2023 menjadi platform kepada pusat tanggungjawab (PTJ) dan pusat pengajian di UUM untuk menonjolkan projek atau idea kreatif yang dapat memberi impak kepada organisasi terlibat serta komuniti sekitar.

Perancangan dan tempoh masa yang selesa akan dapat memberi ruang kepada peserta untuk membuat persediaan rapi dan memastikan laporan projek adalah memenuhi kriteria KIK dan menarik perhatian panel juri. 

Sesi latihan dalam kumpulan yang dibentuk di dalam bengkel tersebut diakhiri dengan pembentangan kumpulan dan komen-komen membina daripada fasilitator.