All News

UUM SELESAI AUDIT SIRIM MS ISO 9001:2015

UUM SELESAI AUDIT SIRIM MS ISO 9001:2015

Universiti Utara Malaysia (UUM) layak menerima semula Pensijilan MS ISO 9001:2015 selama tiga tahun lagi selepas pasukan audit SIRIM QAS yang diketuai oleh Dr Shahanif Hassan bersama tujuh auditor lain selesai menjalankan audit mereka.

Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan audit yang dijalankan termasuk mengucapkan terima kasih kepada semua barisan panel auditor khususnya jabatan-jabatan di universiti ini.

“Kita juga bersyukur kerana dalam penilaian kali ini lebih baik dari yang lepas dan mencerminkan penyusunan pengurusan yang baik dan bersistematik,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan dan pusat pengajian yang terlibat kerana telah memberikan komitmen penuh kepada pasukan juruaudit SIRIM sepanjang dua hari berlangsung.

Sepanjang pasukan ini berada di universiti, pihak UUM sentiasa terbuka terhadap apa juga cadangan dan teguran yang dikemukakan oleh pihak SIRIM bagi penambahbaikan sistem pengurusan kualiti di universiti ini.

Moga persediaan staf bagi menerima siri-siri lawatan audit sama ada audit pemantauan atau audit pensijilan ini akan sentiasa menjadi sebahagian daripada amalan dan budaya kerja di universiti.