All News

FORUM MERDEKA - MEMUGAR JIWA MERDEKA : PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM NORMA BAHARU

FORUM MERDEKA - MEMUGAR JIWA MERDEKA : PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM NORMA BAHARU

Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menganjurkan Forum Merdeka bertajuk Memugar Jiwa Merdeka : Peningkatan Produktiviti Dalam Norma Baharu melalui platform Webex pada 14 September 2021 (Selasa).  Perkongsian pengalaman dan pengetahuan bersama 2 panel jemputan iaitu Mejar(B) Dr. Nor Ibrahim Bin Sulaiman TUDM (B) PTU dan Dr Mohamed Ali Bin Haniffa, Pensyarah Kanan SLCP telah mendapat sambutan daripada 99 kakitangan dan pelajar UUM. Forum ini diadakan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 64 dan Hari Malaysia.

Bekas juruterbang Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar (B) Dr. Nor Ibrahim Sulaiman turut berkongsi pengalaman berharga ketika berhadapan dengan ancaman komunis dan diburu komunis. Selain itu, beliau berkata sebagai juruterbang helikopter yang sering keluar masuk ke kawasan operasi untuk mengangkut pelbagai keperluan anggota, ‘kelibatnya’ sentiasa diintai komunis dan menjadi sasaran peluru pengganas.

Sementara itu, Dr. Mohamed Ali pula memberi kupasan dan pencerahan yang lebih jelas tentang hubung kait di antara sejarah negara kita Malaysia dan kaitannya dengan produktiviti dalam norma baharu.  Menurutnya, Warga UUM dikenali sebagai ‘tentera yang mahir’ iaitu pekerja mahir dan kompetan dalam pelbagai bidang untuk merealisasikan visi utama UUM iaitu menjadi sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.  Beliau juga memberi tips-tips untuk meningkatkan produktiviti dan menjadi bangsa yang sentiasa bersemangat mempertahankan keluarga Malaysia.

Moderator Forum, Dr Rosman Iteng, Pengurus IPQ membuat kesimpulan bahawa penjajahan kuasa asing telah menyedarkan kita tentang kepentingan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan dalam masa yang sama semua warga UUM diharap dapat memugar produktiviti dalam norma baharu yang wujud ketika pandemik Covid19 melanda negara.