All News

PROGRAM PENDEDAHAN ILMU EKSA

PROGRAM PENDEDAHAN ILMU EKSA

Pada 30 Ogos 2021 (Isnin) yang lalu, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan Program Pendedahan Ilmu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Program ini telah dihadiri seramai 94 orang staf UUM dan juruaudit Amalan Persekitaran Berkualiti Universiti.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian maklumat mengenai EKSA kepada semua warga universiti serta menambahkan ilmu pengetahuan dan proses pelaksanaan EKSA kepada juruaudit universiti.

Program ini telah diadakan secara atas talian selama 3 jam dan dikendalikan oleh seorang penceramah dari Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu En. Zahari Md Zin yang merupakan champion EKSA lantikan daripada MAMPU.

Semasa program, En. Zahari telah menerangkan pelaksanaan 5S oleh MAMPU serta tatacara pengauditan EKSA. Maklum balas yang baik telah diberikan oleh peserta kepada program ini di mana ada yang mencadangkan agar UUM perlu beralih ke pensijilan EKSA pada masa yang akan datang.