All News

BENGKEL BERSIRI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) 2021

BENGKEL BERSIRI HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) 2021

Pada 3 dan 4 Ogos 2021 yang lalu, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan Bengkel Bersiri Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Bengkel ini telah dihadiri oleh 16 kumpulan KIK di UUM.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan mengaplikasikan proses-proses dan penggunaan kaedah dan teknik terkini dalam menghasilkan projek KIK serta membantu peserta di dalam penyediaan laporan projek KIK yang lebih mantap dan efektif.

Bengkel Bersiri ini telah diadakan secara atas talian dan dikendalikan oleh 2 orang penceramah/ fasilitator iaitu Prof. Madya Dr. Logasvathi a/p Murugiah dan En. Ruzaini Janudin yang kedua-duanya merupakan panel penilai lantikan daripada MAMPU. Menurut Dr. Logasvathi, 5 perincian projek yang penting perlu diambil kira oleh setiap kumpulan adalah latar belakang kumpulan, signifikan pemilihan projek, tindakan penyelesaian, keberhasilan projek dan potensi pengembangan projek.

Pada tahun ini, buat pertama kalinya UUM akan menganjurkan Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang akan menggantikan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Maka dengan adanya Bengkel Bersiri HB KIK ini diharapkan dapat memberi pendedahan serta maklumat awal kepada semua peserta berkenaan dengan peralihan KIK kepada Horizon Baharu KIK.

Diharap dengan langkah yang telah di ambil oleh IPQ dapat membantu semua PTJ/PP bagi melaksanakan dan memantapkan laporan dokumentasi projek KIK di jabatan masing-masing.